Tarikh: 3hb Jun, 2014
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
Daulat Tuanku!
Dengan penuh kesyukuran kami ingin mengucapkan setulus tahniah dan salam sejahtera kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 3hb Jun, 2024.
Pada hari ini yang penuh berkat, kami mendoakan kemakmuran, kesihatan, lanjutan usia dan perlindungan Tuhan bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sekarang dan sepanjang pemerintahan Baginda.
Kami juga berdoa supaya Malaysia akan terus makmur dan maju dalam aman dan harmoni dibawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang bijaksana dan berkebolehan.
Daulat Tuanku!
