Kenyataan CFM

Lembar Fakta CFM Mengenai Cadangan Rang Undang-undang Untuk Meminda Akta 355 Dan Kenapa Ia Perlu Ditentang

Mac 3, 2017Bahasa Malaysia
Buka PDF asal (Bahasa Inggeris)

PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA (PPM-003-10-14011986)

Alamat : 26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Telefon / Faks : + 603 7957 1457 Emel: cfmsia@yahoo.co.uk

3hb Mac 2017

LEMBAR FAKTA CFM MENGENAI CADANGAN RANG UNDANG-UNDANG UNTUK MEMINDA AKTA 355 DAN KENAPA IA PERLU DITENTANG

Ia adalah satu fakta bahawa undang-undang Islam atau Syariah telah memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia bukan Islam. Terdapat banyak contoh sejak beberapa dekad lalu, termasuk enakmen-enakmen bagi kedua-dua undang- undang negeri dan di Syariah — yang melarang penggunaan perkataan-perkataan tertentu atau ucapan seperti “Salam sejahtera” atau “Assalamuailaikum”. Terdapat juga kegemparan ke atas apa yang dianggap “halal” di mana walau sesetengah umat Islam turut mempertikaikan, ianya juga memecah-belahkan serta menimbulkan gangguan.

Yang paling serius dan paling kerap dibincangkan baru-baru ini adalah apa yang biasa dirujuk sebagai “Hukum Hudud”. Meskipun orang bukan Islam diyakinkan bahawa mereka tidak akan terjejas, ini adalah tidak benar.

Lembaran Fakta CFM mengenai Cadangan Pindaan Akta 355 adalah untuk menyediakan maklumat mengenai Enakmen-enakmen Hudud dan terutamanya Rang Undang-undang untuk meminda Akta 355 yang akan diundi dalam sesi Parlimen yang akan datang. Rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam harus sedar tentang implikasi Rang Undang-Undang ini dan meminta Ahli Parlimen mereka untuk menentang Rang Undang-undang tersebut.

Ia adalah penting untuk mengambil maklum bahawa UMNO, parti memerintah dalam parti pergabungan kerajaan telah menyertai PAS untuk membentangkan Rang Undang-undang di Parlimen, dan pemimpin-pemimpin UMNO telah menyatakan sokongan mereka secara terbuka terhadap Rang Undang-undang ini. Implikasi kerajaan bagi semua rakyat Malaysia untuk menyokong Rang Undang-undang tersebut adalah besar.

Pindaan seperti yang dicadangkan kepada Akta 355 membawa kesan yang besar dan akan mempengaruhi Prinsip Asas Keadilan, kebebasan dan hak-hak semua rakyat Malaysia. Oleh itu, ia mesti dibincang dengan menyeluruh dan dengan penuh tanggungjawab, secara terbuka and jujur. Namun, ini belum berlaku.

Pindaan Rang Undang-undang yang dicadangkan oleh ahli peribadi Dato' Seri Hadi bin Awang tersebut sepatutnya bukan hanya dalam domain umat Islam atau dalam kewajipan kompulsif orang Islam seperti yang ditegaskan oleh Presiden PAS, yang mengatakan bahawa unsur kecil Syariah tersebut sebagai “Undang-undang Ilahi”, sebenarnya tidak.

Pindaan yang dicadangkan seharusnya dimulakan oleh Kerajaan hanya selepas membuat kajian menyeluruh mengenai kesan dan keseriusannya terhadap semua rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat. Sebarang peningkatan hukuman yang ditetapkan haruslah berdasarkan prinsip-prinsip undang-undang dan Perlembagaan kita.

Persekutuan Kristian Malaysia menyeru ahli-ahli parlimen Malaysia, dalam kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Rakyat untuk tidak meluluskan Cadangan Pindaan kepada Akta 355.

Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk menghubungi ahli Parlimen mereka, alamat Pusat Khidmat Ahli Parlimen boleh didapati di laman web Parlimen: http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?uweb=dr&

untuk memastikan bahawa ahli Parlimen mereka menghadiri Dewan Rakyat untuk mengundi serta memastikan bahawa mereka tidak mengundi memihak kepada pindaan tersebut.

Yang ikhlas,

Rev. Dr. Eu Hong Seng, Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Kristian Malaysia.

CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSI (PPM-003-10-14011986) Alamat : 26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Talipon / Faks : + 603 7957 1457 Emel : cfmsia@yahoo.co.uk 3hb Mac 2017 LEMBAR FAKTA PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG CADANGAN PINDAAN AKTA 355 DAN KENAPA IA PERLU DIBANTAH

Pengenalan

1. Akta 1965 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ("Akta 355") diluluskan bagi kali pertama oleh Parlimen pada Mac 1965. Akta 355 melakukan dua perkara. Pertama, ia memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjatuhkan hukuman tidak melebihi 6 bulan penjara atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan terhadap Rukun-Rukun Islam yang telah diwujudkan oleh undang-undang negeri (dikenali sebagai "enakmen-enakmen"). Kedua, ia mengesahkan semua hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah sebelum penguatkuasaan Akta 355. Ini adalah atas sebab Mahkamah Syariah telah mula beroperasi sejak Merdeka (kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957) tanpa sebarang pemberian kuasa untuk menjatuhkan hukuman.

2. Akta 355 telah dipinda sebanyak dua kali sebelum ini. Pada tahun 1984, had hukuman telah meningkat kepada tempoh tidak melebihi 3 tahun penjara, denda tidak melebihi RM5,000 atau tidak lebih daripada 6 sebatan. Pada tahun 1989, bidang kuasa Akta 355 telah dilanjutkan ke Sabah dan Sarawak.

3. Pindaan Rang Undang-undang kepada Akta 355 oleh ahli peribadi Presiden PAS Dato' Seri Hadi Bin Awang pada kali pertama telah disenaraikan dalam Kertas Perintah Parlimen pada 7 April 2015, tetapi ia tidak dibahaskan. Perkara ini berulang lagi pada bulan Jun 2015, namun ia tidak dibahaskan sekali lagi. Akhirnya, pada Mei 2016, Kerajaan memberi laluan untuk perbahasan undang-undang tersebut. Namun begitu, Dato' Seri Hadi Bin Awang meminta untuk menangguhkan perbahasan sehingga Oktober 2016, dan ini telah diizinkan. Pada bulan Oktober 2016, Dato' Seri Hadi Bin Awang memohon sekali lagi untuk menangguhkan perbahasan kepada Mac 2017. Sekali lagi permohonan ini telah dibenarkan.

4. Sementara itu, sifat pindaan yang dicadangkan oleh Dato 'Seri Hadi Bin Awang telah berubah. Cadangan awal beliau adalah untuk memberi Mahkamah Syariah:

4.1 Bidang kuasanya terhadap semua penganut agama Islam dan kesalahan-kesalahan yang berkenaan dengan perkara yang disenaraikan dalam perenggan 1 Senarai Negeri dalam Jadual Ke-9 dalam Perlembagaan Persekutuan; dan

4.2 Bagi mengenakan sebarang hukuman yang dibenarkan di bawah undang-undang Syariah berhubungan dengan kesalahan-kesalahan tersebut kecuali hukuman mati.

5. Ia mestilah dinyatakan dengan jelas bahawa pindaan yang dicadangkan ini tidak menyebut perkataan "hudud". Walau bagaimanapun, peruntukan yang meluas ini akan mengizinkan pengenalan undang-undang hudud dan hukuman-hukuman yang ditetapkan di Malaysia.

Ini bukan sebahagian daripada rangka kerja seperti yang dijangkakan dalam Perlembagaan Persekutuan pada masa Merdeka. Sejarah rundingan untuk mencapai Merdeka dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan oleh Suruhanjaya Reid jelas menyatakan bahawa kita akan ditadbir oleh undang-undang sekular, kecuali di kawasan tertentu bagi mereka yang menganut agama Islam. Prinsip-prinsip yang sama telah diaplikasikan apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia. Justeru, jika cadangan-cadangan ini masih kekal, Parlimen harus menolaknya.

Cadangan Pindaan Semakan Semula

6. Apabila cadangan pindaan dibentangkan semula di Parlimen pada 24 November 2016, mereka telah dipinda dengan ketara.

7. Cadangan pindaan ini hanya menangani peningkatan hukuman yang sedia ada. Ia dicadangkan bahawa hukuman penjara maksimum selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM 5,000, atau tidak lebih daripada 6 kali sebatan, atau kedua-duanya, ditingkatkan kepada penjara selama tempoh tidak melebihi 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 atau tidak lebih daripada 100 kali sebatan, atau kedua-duanya.

8. Ia adalah jelas bahawa walaupun cadangan pindaan kepada Akta 355 tidak menyebutkan perkataan "hudud", tetapi pada hakikatnya, peningkatan hukuman maksimum akan membenarkan pengenaan hukuman yang berlandaskan hudud. Cadangan peningkatan hukuman maksimum di bawah cadangan pindaan kepada Akta 355 akan membenarkan pelaksanaan beberapa hukuman hudud secara langsung, dan untuk mencapai pelaksanaan hukuman hudud lain serta hukuman bukan hudud secara tidak langsung.

9. Dengan menggunakan Kod Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 Kelantan yang telah diluluskan di Kelantan (tetapi tidak berkuat kuasa) sebagai rujukan bagi kesalahan hudud, hukuman hudud sebanyak 100 sebatan boleh dikenakan kepada "ghairu mohsan" (seseorang yang belum pernah melakukan hubungan seksual atau, jika telah berkahwin, masih belum menyempurnakan hubungan suami isteri) yang melakukan kesalahan hudud zina atau liwat, kerana bilangan maksimum sebatan kini akan meningkat kepada 100.

10. Di bawah Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 Kelantan, hukuman hudud sebanyak 80 kali bagi kesalahan hudud "qazaf" (tuduhan zina atau liwat), kini juga boleh dikenakan.

11. Seterusnya, di bawah Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 Kelantan, hukuman

hudud antara 40 hingga 80 kali bagi kesalahan hudud "syurb" (minum arak atau minuman yang memabukkan), kini juga boleh dikenakan.

12. Salah satu hukuman hudud bagi kesalahan hudud murtad ( "irtidad") di bawah Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 Kelantan selain daripada hukuman penjara dan hukuman

mati, adalah rampasan harta murtad, sebagai hukuman tambahan. Denda maksimum baru sebanyak RM100,000 bagi sesetengah orang, mungkin bersamaan dengan kehilangan seluruh harta mereka.

13. Selain itu, hukuman penjara maksimum 30 tahun adalah lebih berat daripada banyak hukuman di bawah Kanun Jenayah. Di bawah Kanun Jenayah, peruntukan hukuman penjara selama 30 tahun dikenakan ke atas mereka yang disabitkan dengan kesalahan berkaitan pengganas, pembunuhan tanpa niat, penculikan dan penyanderaan. Di negara-negara yang tidak mengenakan hukuman mati, hukuman 30 tahun penjara dilihat sama sebagai hukuman mati. Jika ini dilaksanakan, maka hukuman hudud bagi kesalahan hudud murtad kini akan menjadi mungkin.

Tekanan Pelaksanaan Undang-undang Yang Sama Kepada Orang Bukan Islam

14. Malah semasa perbahasan pengenalan Akta 355 pada bulan Mac 1965, beberapa anggota Parlimen telah menggesa peruntukannya ke atas orang bukan Islam. Rasional yang sering digunakan adalah bahawa apabila dua atau lebih orang terlibat dalam sesuatu aktiviti tetapi hanya orang Islam didakwa, ia dianggap sebagai tidak adil. Jadi, tekanan adalah untuk menjadikan kesalahan itu sama untuk semua orang. Secara keseluruhannya, cadangan pindaan kepada Akta 355 akan menyebabkan peningkatan seruan untuk mengharmonikan undang-undang Syariah dengan undang-undang jenayah sekular, serta untuk melanjutkan undang-undang Syariah kepada orang bukan Islam. Seruan ini telah dilakukan sejak tahun 1965, walaupun had hukuman mahkamah Syariah adalah rendah pada masa itu. Dengan cadangan peningkatan ini, tekanan pasti akan meningkat tanpa kekeliruan.

15. Pertikaian terhadap persoalan untuk melaksanakan undang-undang secara sama rata TIDAK seharusnya melalui pelaksanaan undang-undang Syariah sama rata terhadap orang Islam dan bukan Islam. Sebaliknya, kita perlu melihat kepada Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dan bertanya adakah ketidaksamaan dalam undang-undang jenayah wajib sama sekali. Perkara 8 (5) (a) Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan 'bukan ketidaksahihan' atau 'bukan larangan' bagi "peruntukan yang mengawal selia undang-undang peribadi". "Undang-undang peribadi" tidak harus merangkumi "undang-undang jenayah".

16. Sebarang jaminan yang diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak bahawa pihak berkuasa Islam di Sabah dan Sarawak tidak perlu mengamalkan hukuman tambahan adalah ilusi. Ia tidak menafikan hakikat bahawa umat Islam dari Sabah dan Sarawak TIDAK akan terlepas daripada hukuman yang dikenakan di bawah Denda Tambahan, kerana mereka akan diletak di bawah bidang kuasa undang-undang Syariah semasa perjalanan mereka dan / atau apabila mereka singgah di negeri lain (Contohnya, apabila mereka menerbang melalui KLIA atau KLIA2 di Selangor).

Ringkasan

17. Cadangan asal membenarkan pengenalan undang-undang hudud dan hukuman hudud di Malaysia secara terang dan ia tidak berlandaskan perlembagaan. Parlimen perlu membantah.

18. Dengan cadangan semakan semula, peningkatan had hukuman akan membenarkan pelaksanaan sesetengah hukuman hudud. Selain daripada peningkatan hukuman sebat kepada 100 sebatan, hukuman penjara selama 30 tahun adalah bersamaan dengan hukuman mati. Denda sebanyak RM100,000 seumpama perampasan harta.

19. Had maksimum hukuman penjara dan hukuman sebat di bawah pindaan yang dicadangkan adalah lebih berat daripada hukuman paling berat di bawah Kanun Jenayah kini. Sementara tumpuan diletakkan pada "ketidaksamaan" bahawa orang bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah (bahkan pada tahun 1965), seruan untuk melaksanakan undang- undang sama rata ke atas orang Islam dan orang bukan Islam sudah kedengaran. Kini, sesetengah hukuman yang melampaui Kanun Jenayah akan mengundang seruan yang lebih

hebat sehubungan dengan itu.

20. Sebarang peningkatan had hukuman di bawah Undang-undang Syariah yang mengekalkan dwi sistem perundangan jenayah melanggari perlindungan kesaksamaan di sisi undang-undang dan perlindungan undang-undang yang sama rata di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

21. Pindaan seperti yang dicadangkan kepada Akta 355 mendatangkan akibat serius yang akan menjejaskan prinsip-prinsip asas keadilan, kebebasan dan hak-hak semua rakyat Malaysia. Oleh itu, ia mesti dibincangkan dengan teliti dan penuh dengan tanggungjawab secara terbuka dan jujur. Namun, ini tidak berlaku.

22. Pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ahli peribadi Dato' Seri Hadi Bin Awang tidak seharusnya terhad kepada domain umat Islam semata-mata ataupun kewajipan umat Islam sepertimana yang ditegaskan oleh Presiden PAS, walaupun setakat mengatakan bahawa elemen kecil Syariah ini sebagai "Undang-undang Ilahi", yang mana ia sebenarnya tidak.

23. Cadangan Pindaan harus dilancarkan oleh Kerajaan hanya selepas menjalani kajian yang menyeluruh terhadap impak dan keseriusannya ke atas rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Sebarang peningkatan hukuman haruslah ditetapkan mengikut prinsip-prinsip kukuh undang-undang dan Perlembagaan kita.

Cadangan

24. Persekutuan Kristian Malaysia menyeru ahli-ahli Parlimen Malaysia, dalam kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi tidak meluluskan kedua-dua versi pindaan yang dicadangkan kepada Akta 355.

25. Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk menghubungi Ahli Parlimen mereka. Alamat pusat perkhidmatan mereka boleh didapati di laman web Parlimen http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?uweb=dr& demi memastikan bahawa Ahli Parlimen mereka menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk mengundi bagi perkara ini, serta memastikan bahawa mereka tidak mengundi menyokong pindaan tersebut.

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Kristian Malaysia

3hb Mac 2017

Muat turun PDF asal